Thursday 27 March 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT


Bersua lagi kita hari ini. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga buat Dia yang Esa. Semoga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insha Allah.

Sepanjang pengalaman saya mengambil upah menjahit, tidak pernah sekali saya ambil foto hasil jahitan saya. Pada saya ia bukan satu keperluan untuk saya berbuat begitu. Malah tidak pernah terfikir pun! Namun, bermula tahun lepas saya mula mengambil foto hasil jahitan saya. Itu pun bukan semua. Mana yang teringat sahaja. Asalnya, saya ingin paparkan di fan page saya sebagai suka-suka. Namun sekarang saya merasakan ia satu keperluan untuk saya abadikan hasil kerja tangan saya dalam bentuk foto agar pelanggan alam maya saya boleh menilai hasil tangan saya.

Saya membelek foto-foto yang ada dalam simpanan. Dua foto ini merupakan antara foto yang terawal saya miliki. Tempahan dari teman sekerja saya.




Benarlah bagai dikata, dari sekeping gambar mampu menghasilkan pelbagai reaksi atau tanggapan. Sudah pastinya tanggapan itu berbeza dari setiap yang melihat. Walau rambut kita sama hitam, namun hati dan pemikiran kita berbeza. Namun perbezaan inilah yang mampu menyatukan hati kita sebenarnya. 

Dalam setiap perkara, lihatlah dengan mata hati kerana pandangan mata itu adakala tersilap jua.

Salam hormat, salam penuh kasih sayang,
Nurul Azwa Zulkifli =)

Wednesday 26 March 2014

BONUS..RM150

Assalamualaikum WBT

Bagaimana anda hari ini? Doa saya semuanya sihat sejahtera. Amat memilukan dengan perkhabaran MH370. Saya turut bersimpati atas apa yang terjadi. Sama-sama kita doakan agar keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terlibat tetap tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang.

Maaf kerana saya tidak membuat sebarang entri kebelakangan ini. Agak sibuk dengan projek raya. Ingat lagi dengan Bengkel Branding Yourself yang pernah saya ceritakan sebelum ini?

Jom kita tengok dulu antara bonus-bonus yang akan diberikan pada peserta yang ambil bahagian.

Apa BONUS yang akan anda dapat?

Apa BONUS yang akan anda dapat?
1. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. 

(bernilai rm300)

2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri 
(bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. 
(bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki 

Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara 
(bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)

Banyakkan nilai tambah yang akan kita dapat. Sangat berbaloi dengan apa yang kita laburkan. Cuba tengok dengan teliti gambar bawah ni.



Apa agaknya yang berbeza? Nampak tak?
Yuran untuk bengkel ini telah dikurangkan kepada RM150 atas permintaan ramai. Jadi, usah buang masa. Jom daftar nama anda untuk menyertai bengkel ini. Bagi yang berminat, boleh daftar dengan saya. Isi sahaja borang tempahan di sini. Ingat, peluang hanya datang sekali :)

Salam sayang, salam penuh hormat, 
Nurul Azwa Zulkifli =)

Apa yan. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. 

(bernilai rm300)
A
2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri 
(bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. 
(bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki 

Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara 
(bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)

Sunday 16 March 2014

BENGKEL BRANDING YOURSELF STRATEGIES II

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT



Semalam dah janji kan, untuk berkongsi perihal bengkel ni.

SIAPA YANG PERLU HADIR KE BENGKEL INI?
1. Anda yang belum ada perniagaan untuk diniagakan

2. Anda yang sudah ada perniagaan tetapi tidak ada 
pelanggan

3. Anda yang sedang berfikir cara untuk marketkan dan jenamakan produk dan perkhidmatan anda     agar lebih dikenali ramai


4. Anda yang sudah berhabis berpuluh ribu tetapi sepi dengan pelanggan


5. Anda yang buat pendapatan sampingan untuk melangkah lebih maju ke depan


6. Anda yang sedang bekerja dengan majikan dan melakukan perniagaan secara sambilan untuk mula 
yakin dan langkah ke alam perniagaan sepenuh masa

7. Anda yang tiada pendidikan tinggi tetapi ada kemahiran khusus


8. Anda yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kepakaran untuk brandingkan kepakaran dan  perkhidmatan anda


9. Anda yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang bagus tetapi tidak diketahui oleh orang ramai


10. Anda mempunyai hobi yang boleh diniagakan


11. Anda mempunyai bakat, idea dan kepakaran yang bernilai dan boleh menjana pendapatan daripadanya


12. Anda yang inginkan kemajuan dan bersedia melakukan apa saja untuk memajukan perniagaan tetapi tidak tahu caranya



APA YANG ANDA DAPAT DARI BENGKEL INI?

★ PENJENAMAAN (Branding)
1. Memahami akan kepentingan "Penjenamaan" untuk perniagaan dan perkhidmatan. 

2. Mengetahui nama dan perkataan yang sesuai untuk penjenamaan diri dan perniagaan masing-masing.


3. Mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan yang menyebabkan kurang "laris" dan di "pandang"


4. Menguasai teknik memilih perkataan atau ayat pada penjenamaan dan topik yang dibina agar ianya dapat "mengumpan" dan "menarik" pembaca, pelanggan dan enjin carian internet (Contoh : Google) 


★MEREKABENTUK (Designing)
5. Mengenalpasti Logo dan Grafik yang sesuai untuk perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

6. Memahami dan mengenalpasti konsep, gaya dan warna yang sesuai untuk jenis perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.


7. Menguasai Tips dan Cara untuk memberikan impak foto gan grafik kepada pelanggan agar dapat menguasai mental dan emosi pelanggan.


8. Mengetahui tips rekaan logo dan grafik yang disukai dan mendapat perhatian ramai . 


★MEMPERKENALKAN (Promoting)
9. Belajari teknik untuk meningkatkan perniagaan dan perkhidmatan di carian Google agar mudah dijumpai dan disukai oleh pembaca,  pelanggan, rakan niaga, media massa, penaja dan sebagainya.

10. Belajari teknik untuk membuat proposal kepada Penaja, Rakan Niaga, Pelanggan Berpotensi Tinggi mahupun kepada Media Massa.


11. Belajari teknik memanfaatkan testimonial, penajaan dan peluang tersiar di media massa untuk mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan dan orang ramai.


12. Mengetahui medium-medium yang boleh digunakan untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan kepada orang ramai.


Banyakkan yang kita boleh dapat? Bukan sikit ya. Bagi yang berminat untuk mendaftarkan diri, boleh hubungi saya untuk pendaftaran sama ada melalui sms/whatsapp : 019-7295790 atau pun boleh juga email saya di pn.nurulazwazulkifli@gmail.com

Nanti saya akan kongsikan bonus-bonus yang akan anda dapat ya.

Salam sayang, salam penuh hormat, 
Nurul Azwa Zulkifli =)


Saturday 15 March 2014

BENGKEL BRANDING YOURSELF STRATEGIES

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Ramai di kalangan wanita berkerjaya terutamanya, pasti ada terdetik dalam hati untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak dan rumah tangga. Namun komitmen kewangan setiap bulan adakala membantutkan cita-cita yang satu ini. Mesti ramai penah rasa kan?

Bimbang juga kalau berhenti nanti, macamana nak bayar ansuran kereta kan?
Siapa pula nak tanggung hutang PTPTN masa belajar dulu kan?
Bimbang jugak nanti terbatas pulak hobi kita yang suka beli-belah kan?
Pernah rasa macam tu?

Jangan salah paham. Surirumah zaman siber bukan lagi macam dulu. Duduk rumah tidak semestinya kita tak boleh berbuat apa-apa. Macam-macam boleh buat untuk jana pendapatan dengan hanya duduk dirumah tau! Apa yang penting, mesti ada ilmu. Mesti ada strategi.

Bagi yang benar-benar nak timba ilmu, nak realisasi impian masa hadapan, bengkel ini jawapannya; Bengkel Branding Yourself Strategies. Bengkel yang julung kali diadakan ini akan berlangsung di tiga tempat terpilih.


Bagi yang berminat, boleh daftar dengan saya sebagaimana yang tertera dalam gambar. Rebut peluang sementara masih ada. Terhad untuk 50 orang di setiap lokasi ya.

Insha Allah, esok saya kongsikan kelebihan bila anda sertai bengkel ini.

Salam sayang, salam penuh hormat
Nurul Azwa Zulkifli =)




Wednesday 5 March 2014

DIA AMAT PEMURAH

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...bernafas lagi kita hari ini kan? Alhamdulillah...kita masih dibangunkan dari 'mati' yang seketika kan?

Lihatlah betapa Maha Pemurahnya Dia. Udara yang diberi pada kita saban hari tak pernah diminta bayaran. Ya, Dia memberi percuma!
Setiap pagi kita bangun dari tidur, kita gembira kerana masih hidup lagi. Kita gembira kerana boleh lagi bertentang mata, bersua muka dengan suami atau isteri kita. Kita gembira kerana masih berkesempatan memeluk erat anak-anak kita. Kita gembira kerana mampu lagi melakukan aktiviti yang kita suka. Pernahkah sekali kita bangun dari tidur, dan terfikir bagaimana kiranya kita tidak dibangunkan kembali untuk selamanya? Bagaimana kiranya udara yang dihirup perlu dibayar harganya saban hari?

Adakala perkara yang kecil, kelihatan remeh. Namun sebenarnya, yang kecil itulah mampu memberi impak yang besar buat kita. Sifat Pemurah Allah SWT tidak mampu kita membalasnya. Namun, apa yang dapat dilakukan sebagai hamba, kembalilah taat kepadaNya. Cubalah setiap kerja yang dilakukan setiap hari, didahului dengan 'bismillah'. Tanda kita ingat padaNya. Tanda kita berterima kasih padaNya. Walau pada kita ia nampak kecil, namun Allah akan melihatnya sebagai usaha yang besar dari kita. Kerana Allah sangat menyukai hambanya yang melakukan amal yang kecil, namun berterusan amalannya.

Semoga apa yang saya kongsikan pagi ini, sedikit sebanyak memberi kesan buat siapa sahaja yang membacanya.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)


Tuesday 4 March 2014

SUDAH SIAP!

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Salam ceria buat anda. Hari ini saya cuba menyahut seruan guru Kelas Asas Blog saya untuk membuat catatan setiap hari di awal pagi. Insha Allah saya akan pastikan saya boleh! Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih bukan?

Masih ingatkah lagi anda dengan projek yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini? Alhamdulillah, kain tersebut telah siap menjadi sepasang dress untuk anak saya. Nyata dia gembira bukan kepalang. Seharian dia memakai dress tersebut!


Saya buatkan sepasang dress dengan potongan asas. Ada sedikit kekurangan pada dress ini saya kira. Jika saya buat rebennya menggunakan kain warna kosong, pastinya dress ini akan kelihatan lebih menyerlah. Tetapi tidak mengapa. Akan datang, saya akan cuba untuk lebih bermain dengan warna supaya dress yang dihasilkan akan kelihatan lebih menyerlah.



Saya akui, menjahit bukan sekadar memberi kepuasan malah ia juga mampu memberikan pendapatan sampingan buat saya. Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan, anda mungkin boleh mula dengan mengikuti Kelas Asas Blog. Selain belajar, kita juga diberi peluang menjual produk-produk dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Untuk menyertainya, anda boleh berhubung dengan saya di email pn.nurulazwazulkifli@gmail.com

Sekian dahulu perkongsian saya untuk kali ini. Semoga kita bersua lagi di entri akan datang, insha Allah.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)




Saturday 1 March 2014

MINAT ATAU TERPAKSA

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Gambsaya  Nurul Azwa Zulkifli

Seorang guru saya pernah berpesan, dalam setiap yang kita usahakan, biarlah ia atas dasar minat. Jika kita nak buka bengkel,biarlah kita minat kerja-kerja membaiki kereta. Jika kita nak buka kedai dobi, biarlah kita minat membasuh kain. Begitu juga halnya dengan menjahit. Tidak kira anda ingin lakukan ia sebagai kerja separuh masa atau sepenuh masa.

Apabila kita minat dengan apa yang dilakukan, pastinya kita akan memberikan hasil yang terbaik dalam kerja kita. Malah, andai kita tersungkur dek usaha yang belum membuahkan hasil, kita pasti akan berusaha untuk bangkit. Dan pastinya kita akan cuba untuk berlari tanpa jemu. Kita akan menjadi insan yang tidak mengenal erti putus asa. Percayalah.

Andai ada yang tanya pada saya, adakah apa yang saya lakukan ini atas dasar minat atau terpaksa. Jawab saya; ya, saya lakukannya kerana saya minat. Minat yang terlalu mendalam. Seingat saya, sejak sekolah lagi. Ia merupakan satu terapi yang sangat memberi kepuasan pada saya.

Sejak petang semalam saya sedang berusaha menyiapkan projek pertama saya untuk tahun ini. Sepasang dress untuk anak gadis saya. Insha Allah, saya pasti akan kongsikan hasilnya dengan kalian nanti. Sampai di sini dahulu catatan saya untuk kali ini. Saya kongsikan sekeping gambar kerja yang masih dalam proses untuk disiapkan. Sehingga itu, cubalah semai minat dalam setiap kerja kita.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)