Thursday, 5 July 2018

Tiada Yang Pernah Terlewat.





Teks : Nurul Azwa Bt. Zulkifli


Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama, saya menjenguk kembali di sini. Hampir tiga tahun saya berhenti seketika dari menulis di blog. Lamanya! Sebenarnya sejak dari bulan Ramadhan lagi saya telah menanam azam baru untuk kembali menulis di sini. Bermula dari awal. 

Tiada yang salah dan tak pernah terlewat untuk mulakan azam baru. Ketika kita berazam dengan azam yang baru, tidak perlu menunggu untuk bermula. Ya, mulakan sahaja! Kita tidak pasti adakah dengan sifat menangguhkan itu memberi peluang untuk kita melakukannya. Maka, pilihan terbaik yang kita ada hanyalah melakukan tanpa bertangguh!

Doa saya semoga saya terus istiqamah dengan azam baru ini. Doa saya buat kalian juga agar Allah memberikan kesempatan dan ruang pada kalian agar mampu melakukan apa jua azam ke arah kebaikan dengan segera. Minta dan minta dari Dia tanpa jemu. 



Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli.

Monday, 30 November 2015

Tempahan Ditutup

Teks : Nurul Azwa Bt. Zulkifli

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.

Agak lama saya menyepi. Maafkan saya. Namun satu yang saya hargai dari pembaca blog ini, tetap ada yang setia bertanya khabar. Begitu juga dengan pelanggan yang bertanyakan untuk tempahan dress anak-anak comel mereka. Namun maafkan saya kerana untuk tempoh sementara waktu ini saya menutup sebarang tempahan.

Berat sebenarnya untuk saya menolak setiap permintaan. Namun dek kekangan masa dan kesihatan juga, saya perlu berhenti seketika dari menerima sebarang tempahan. Saya benar-benar mohon maaf atas perkara ini. Insha Allah, jika tempahan telah mula dibuka, pasti akan saya war-warkan pada semua di sini ya.

Oh ya, sementara saya tak mampu untuk duduk lama-lama dihadapan 'teman akrab' (mesin jahit saya ;)  ) ini, saya kini ada menjual tudung sekolah ready made yang pastinya digemari oleh kaum ibu. Ya, tudung yang sangat mudah diuruskan dan sangat mesra meain basuh. Cantik dan manis buat anak-anak kalian untuk memakainya. Insha Allah saya akan kongsikan perihal tudung ini di posting saya yang akan datang.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli.

Wednesday, 18 February 2015

Pelanggan Setia Saya!

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT. Saya mendoakan pembaca blog saya dikurniakan kesihatan dalam meneruskan khidmat bakti kita saban hari. Insha Allah. 

Saya bukanlah menjahit sepenuh masa. Tika ini kerja-kerja menjahit saya lakukan secara sambilan. Justeru saya menghadkan jumlah tempahan saya setiap bulan. Agar saya mampu memberikan hasil terbaik kepada semua pelanggan saya. Dan saya akui sehingga kini, saya sentiasa cuba memperbaiki mutu perkhidmatan saya. Moga Allah mudahkan setiap urusan yang telah saya rangka. 

Pelanggan sentiasa datang dan pergi. Saya mempunyai seorang pelanggan cilik yang setia. Dan saya akui ibunya antara insan awal yang mendorong kuat saya untuk berkarya dan menghasilkan dress-dress yang comel. Ibunya juga yang setia mengkritik sebarang hasil kerja saya dengan jujur. Suntikan semangat dan keikhlasannya membuatkan saya amat menghargai ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Sungguh, saya cintakan sahabat saya ini demi Allah. 


Pelanggan setia saya menggayakan dress muslimah hasil jahitan saya.

Anak comel ini pelanggan setia saya! Saya juga suka berkarya dengan setiap tempahan yang diterima. Pelanggan saya yang satu ini sentiasa memberikan kebebasan pada saya untuk berkarya. Saya amat menghargai setiap peluang yang diberi. Terima kasih yang tak terhingga.

Salam sayang, salam penuh hormat, 
SMS/ ⓦhatsApp : 019-7295790
✉ : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com