Teks : Nurul Azwa Zulkifli
Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah...bernafas lagi kita hari ini kan? Alhamdulillah...kita masih dibangunkan dari 'mati' yang seketika kan?
Lihatlah betapa Maha Pemurahnya Dia. Udara yang diberi pada kita saban hari tak pernah diminta bayaran. Ya, Dia memberi percuma!
Setiap pagi kita bangun dari tidur, kita gembira kerana masih hidup lagi. Kita gembira kerana boleh lagi bertentang mata, bersua muka dengan suami atau isteri kita. Kita gembira kerana masih berkesempatan memeluk erat anak-anak kita. Kita gembira kerana mampu lagi melakukan aktiviti yang kita suka. Pernahkah sekali kita bangun dari tidur, dan terfikir bagaimana kiranya kita tidak dibangunkan kembali untuk selamanya? Bagaimana kiranya udara yang dihirup perlu dibayar harganya saban hari?
Adakala perkara yang kecil, kelihatan remeh. Namun sebenarnya, yang kecil itulah mampu memberi impak yang besar buat kita. Sifat Pemurah Allah SWT tidak mampu kita membalasnya. Namun, apa yang dapat dilakukan sebagai hamba, kembalilah taat kepadaNya. Cubalah setiap kerja yang dilakukan setiap hari, didahului dengan 'bismillah'. Tanda kita ingat padaNya. Tanda kita berterima kasih padaNya. Walau pada kita ia nampak kecil, namun Allah akan melihatnya sebagai usaha yang besar dari kita. Kerana Allah sangat menyukai hambanya yang melakukan amal yang kecil, namun berterusan amalannya.
Semoga apa yang saya kongsikan pagi ini, sedikit sebanyak memberi kesan buat siapa sahaja yang membacanya.
Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)
No comments:
Post a Comment