Saturday, 1 March 2014

MINAT ATAU TERPAKSA

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Gambsaya  Nurul Azwa Zulkifli

Seorang guru saya pernah berpesan, dalam setiap yang kita usahakan, biarlah ia atas dasar minat. Jika kita nak buka bengkel,biarlah kita minat kerja-kerja membaiki kereta. Jika kita nak buka kedai dobi, biarlah kita minat membasuh kain. Begitu juga halnya dengan menjahit. Tidak kira anda ingin lakukan ia sebagai kerja separuh masa atau sepenuh masa.

Apabila kita minat dengan apa yang dilakukan, pastinya kita akan memberikan hasil yang terbaik dalam kerja kita. Malah, andai kita tersungkur dek usaha yang belum membuahkan hasil, kita pasti akan berusaha untuk bangkit. Dan pastinya kita akan cuba untuk berlari tanpa jemu. Kita akan menjadi insan yang tidak mengenal erti putus asa. Percayalah.

Andai ada yang tanya pada saya, adakah apa yang saya lakukan ini atas dasar minat atau terpaksa. Jawab saya; ya, saya lakukannya kerana saya minat. Minat yang terlalu mendalam. Seingat saya, sejak sekolah lagi. Ia merupakan satu terapi yang sangat memberi kepuasan pada saya.

Sejak petang semalam saya sedang berusaha menyiapkan projek pertama saya untuk tahun ini. Sepasang dress untuk anak gadis saya. Insha Allah, saya pasti akan kongsikan hasilnya dengan kalian nanti. Sampai di sini dahulu catatan saya untuk kali ini. Saya kongsikan sekeping gambar kerja yang masih dalam proses untuk disiapkan. Sehingga itu, cubalah semai minat dalam setiap kerja kita.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)

No comments:

Post a Comment