Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menulis pagi ini. Sungguh, saya rindu untuk berada di 'pentas' kecil saya ini.
Lama menyepi bukan bererti saya menghilang. Diberi sedikit ujian tanda kasih sayang dari Nya. Kesihatan anak-anak tidak mengizinkan saya untuk menyentuh gajet yang ada. Bahkan tempahan dress pun terpaksa diketepikan seketika. Pastinya anak-anak menjadi keutamaan saya berbanding perkara lain. Sebagai ibu kita inginkan setiap anak kita sentiasa sihat. Namun, ada kala apa yang kita harapkan menjadi sebaliknya. Bersabarlah. Setiap yang baik dan buruk itu semuanya dari Yang Maha Pencipta.
Setelah hampir seminggu anak-anak demam silih berganti, saya pula yang demam. Saya jarang sekali demam. Bila demam, memang saya tidak kuat langsung untuk membuat sebarang kerja. Di saat ini, suamilah yang mengambil alih menguruskan anak-anak. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang boleh bertolak-ansur dalam banyak perkara.
Saya teringat dengan sabda nabi saw tentang 'rebut lima perkara sebelum lima perkara'. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati. Sungguh, antara nikmat yang paling mudah dilupakan manusia adalah nikmat sihat.
Semoga kita sama-sama manfaatkan setiap nikmat yang Allah kurniakan buat kita. Jangan sekali kita menjadi hamba yang lalai dan penuh leka.
Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)
Semoga kita sama-sama manfaatkan setiap nikmat yang Allah kurniakan buat kita. Jangan sekali kita menjadi hamba yang lalai dan penuh leka.
Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)
No comments:
Post a Comment