Thursday, 27 March 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT


Bersua lagi kita hari ini. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga buat Dia yang Esa. Semoga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insha Allah.

Sepanjang pengalaman saya mengambil upah menjahit, tidak pernah sekali saya ambil foto hasil jahitan saya. Pada saya ia bukan satu keperluan untuk saya berbuat begitu. Malah tidak pernah terfikir pun! Namun, bermula tahun lepas saya mula mengambil foto hasil jahitan saya. Itu pun bukan semua. Mana yang teringat sahaja. Asalnya, saya ingin paparkan di fan page saya sebagai suka-suka. Namun sekarang saya merasakan ia satu keperluan untuk saya abadikan hasil kerja tangan saya dalam bentuk foto agar pelanggan alam maya saya boleh menilai hasil tangan saya.

Saya membelek foto-foto yang ada dalam simpanan. Dua foto ini merupakan antara foto yang terawal saya miliki. Tempahan dari teman sekerja saya.




Benarlah bagai dikata, dari sekeping gambar mampu menghasilkan pelbagai reaksi atau tanggapan. Sudah pastinya tanggapan itu berbeza dari setiap yang melihat. Walau rambut kita sama hitam, namun hati dan pemikiran kita berbeza. Namun perbezaan inilah yang mampu menyatukan hati kita sebenarnya. 

Dalam setiap perkara, lihatlah dengan mata hati kerana pandangan mata itu adakala tersilap jua.

Salam hormat, salam penuh kasih sayang,
Nurul Azwa Zulkifli =)

No comments:

Post a Comment