Friday, 18 April 2014

Belanja Yang Penuh Gaya

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT.
Bersua kita lagi di hari Jumaat, sayyidul ayyam. Moga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Setiap hari dalam hidup kita pasti kita akan berbelanja. Tetapi tahukah kalian apa itu belanja yang penuh gaya? Pasti ramai yang tertanya-tanya kan? Jom, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang dikutip dari pembacaan saya.

Sedekah merupakan satu cara berbelanja yang pada hemat saya penuh gaya. Tidak semua orang yang banyak harta mampu untuk bersedekah. Tapi, semua orang walau tak punya harta boleh sahaja jika nak bersedekah. Sedekah janganlah dihadkan dalam bentuk wang semata. Malah sedekah itu luas skopnya.

Seorang anak boleh saja bersedekah dengan ibubapa kita sendiri. Berikan wang saku setiap bulan, belikan mereka vitamin tambahan bagi menjaga kesihatan mereka atau juga melakukan urutan demi menghilangkan lelah mereka seketika.

Sebagai ibubapa juga kita boleh sahaja bersedekah pada anak-anak kita. Ajarkan mereka ilmu-ilmu kemahiran. Ilmu kemahiran yang kita ada kepakaran. Sebagai contoh menjahit, berkebun, memasak atau bertukang. 

Begitu juga dalam konteks hidup bermasyarakat. Amalan bersedekah masih boleh lagi diperluaskan. Malah amat digalakkan. Kita boleh sahaja bersedekah dengan cara turut serta dalam aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan kejiranan atau bersama-sama membersihkan kawasan surau. Masih lagikah kalian ragu dengan cara bersedekah yang saya nyatakan?

Firman Allah sebagaimana yang bermaksud : "Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)" (Al-An'am : 160)

Manusia apabila berjanji perlu sertakan lafaz "insha Allah" kerana belum pasti apa yang dijanji pasti terlaksana. Namun apabila Allah berjanji, Dia tidak pernah lalai atau terlupa dengan janjinya. Sekarang, sudah terang lagi bersuluh. Allah berjanji setiap kebaikan yang kita laksanakan akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda. Dan bukankah perbuatan baik itu satu sedekah?

Mungkin pada orang lain, ia perkara biasa. Namun bagi saya, orang yang sentiasa bersedekah adalah insan-insan hebat yang berbelanja penuh gaya ;)

Salam hormat, salam penuh kasih sayang
Nurul Azwa Zulkifli =)


************************************************

ABDR mengorak langkah maju ke hadapan dengan menganjurkan kelas secara offline. 

Kelas Akaun Offline
Yuran : RM220
Tarikh : 10 Mei 2014
Lokasi : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa : 9pagi - 5petang
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul :
1. Pengenalan Book Keeping and Accounting.
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer.
3. How to do record keeping.
4. Basic Costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan harga.
5. Profit & Loss..anda untung@rugi???
6. Case study (full set of bookeeping)
Case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bonus 1 :
Ebook Asas Blog
Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
Ebook Jejak Aliran Tunai

Bonus 2 : 
2 tahun periklanan di SOHO Directory

Bonus 3 :
Temuramah untuk ruangan bisnes majalah

Bonus 4 :
Jaminan pulangan wang


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli


No comments:

Post a Comment