Thursday, 10 April 2014

Dress Izzah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Saya suka melihat kanak-kanak perempuan memakai dress. Namun dress untuk kanak-kanak pada saya janganlah terlalu sarat dengan pelbagai hiasan. Apabila terlalu sarat, kadang kala ia akan membataskan pergerakan kanak-kanak tersebut. Boleh jadi juga apabila dress terlampau sarat menjadikan kanak-kanak itu seolah-olah 'hilang' sifat keanak-anakannya. 

Dress Izzah merupakan dress yang simple. Ia tidak sarat dengan sebarang hiasan. Dilengkapkan dengan tali pengikat untuk beri sedikit nilai tambah pada dress ini. Bahagian belakangya saya lengkapkan dengan zip.



Untuk tali dress, boleh juga jika menggunakan kain yang berbeza. Kain yang berbeza akan lebih menyerlahkan tali tersebut apabila diikat nanti. 

Selain untuk perayaan atau majlis hari jadi, Dress Izzah juga sesuai dipakai pada hari-hari biasa.

Untuk tempahan raya masih lagi dibuka. Pilihan kain boleh lihat di sini.

-----------------------------------------------------------
Sertai Bengkel Branding Yourself And Business Strategies. Dua bengkel sebelum ini telah diadakan dengan jayanya di Melaka dan Kuala Lumpur. Bengkel terakhir akan diadakan seperti berikut : 

Tarikh    : 26 April 2014 (Sabtu)
Tempat  : Kota Bharu, Kelantan
Masa       : 9.00 pagi - 5.00 petang

Pendaftaran masih dibuka. Rebut peluang sebelum terlewat. Ramai yang hadir berpuas hati dengan apa yang dibawa pulang. Jom, daftar segera!



Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli

Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli



5 comments:

  1. Teringin nak tempah dress untuk baby nanti.Kalau Ala-ala princess untuk buat Kenduri Cukur Jambul boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pakai bila tu ye? Kalau utk sebelum raya saya kena tengok dengan jadual. Sebab sekarang dah start menjahit utk raya :)

      Pattern tu,ada gambar contoh tak? Kalau ada,lagi baik dan mohon emailkan cth tersebut ke email sy : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com

      Delete
  2. Seronok betul adik tu pakai dress.
    Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
    Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis Dalila. Budak-budak ni,bila dapat baju baru memang seronok diorang :)

      Delete
    2. Ye sis Dalila. Budak-budak ni,bila dapat baju baru memang seronok diorang :)

      Delete