Salam hujung minggu. Selamat datang ke teratak kecil saya ini. Moga ada manfaat yang dapat diambil dari sini :)
Setiap perkara perlu dipelajari dari asasnya. Sama juga dengan menjahit. Sebelum mendalami ilmu-ilmu jahitan lebih mendalam, kita perlu pelajari ilmu di peringkat asasnya juga. Jom, kita berkenalan dengan barang-barang asas dalam jahitan.
Gunting Kain - digunakan untuk menggunting fabrik. Perlu diingatkan agar gunting ini tidak digunakan untuk menggunting selain fabrik demi menjaga ketajaman gunting ini. |
Benang - digunakan untuk mencantum fabrik yang telah dipotong. Benang mempunyai pelbagai pilihan warna. Pemilihan warna perlulah bersesuaian dengan warna fabrik yang akan dijahit. |
Kapur Penanda - digunakan untuk menanda pada fabrik. |
Pita Pengukur - digunakan untuk mengambil ukuran juga untuk menanda ukuran pada pola. |
Jarum Peniti - digunakan sebagai pemadan sementara sebelum fabrik yang telah dipotong dijahit sepenuhnya. |
Cukup dahulu untuk hari ini. Ada lagi alatan asas jahitan yang akan saya kongsikan nanti. Kita kenal sedikit demi sedikit. Bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Salam sayang, salam penuh hormat
Nurul Azwa Zulkifli =)
************************************************
Jom, bersama keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah! Bersama rangkaian lebih 600 blog, 13 guru online serta ramai rakan niaga ABDR.
Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
No comments:
Post a Comment