Showing posts with label Peluang Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Peluang Bisnes. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT


http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/p/blog-page.html

Alhamdulillah, akhirnya saya telah selesai membaca ebook ini. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat.

Ebook yang sangat bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Tulisan yang saya kira memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes.

Membaca bab 1 sahaja sudah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Banyak idea bisnes yang diberikan. Idea-idea ini dipecahkan mengikut skop kerja masing-masing. Ya, idea yang diberikan memang boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Menerusi idea yang diberikan, kita nilai minat juga kepakaran kita. Sebagai contoh, kita minat dalam bidang lukis dan ada kepakaran dalam bidang seni reka. Justeru boleh sahaja menawarkan pkhidmatan mereka bentuk laman rumah atau ruang pejabat kepada umum. Antara usahawan muda yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Nisa Nua. Beliau menawarkan segala perkhidmatan berkaitan bidang arkitek menerusi laman intenet sahaja. Berpejabat hanya dari rumah. SOHO.

Di dalam ebook ini, Puan Masayu turut mendedahkan bagaimana untuk mula bisnes tanpa modal. Ya, perniagaan yang amat disarankan kepada mereka yang baru ingin mula berbisnes. Malah kita turut didedahkan bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Itulah yang sebaiknya. Mula bisnes tanpa mencipta sebarang hutang.

Saya sarankan setiap wanita yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini. Perkongsian ikhlas penulis sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita ingin berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang kita impikan. Penulis turut kongsikan bagaimana kaedah dan teknik-teknik agar kita mampu bergerak secara produktif walaupun bekerja tanpa pantauan majikan. Apabila kita memilih untuk WAHM sepenuh masa, kitalah majikan dan kitalah pekerja. Lantas, disiplin menjadi keutamaan. Puan Masayu turut kongsikan bagaimana untuk kita kekalkan momentum bekerja dari rumah.

Sebuah ebook yang saya kira berbaloi dengan harganya RM50. Lengkap dari mula idea bisnes yang diberikan, bagaimana kita perlu merancang dan seterusnya mencapai matlamat kita, strategi pemasaran, khidmat pelanggan juga perkongsian pengalaman usahawan yang berjaya. Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!


Salam hormat, salam penuh kasih sayang,
Nurul Azwa Zulkifli =)


Wednesday, 7 May 2014

Ya, Itu Saya

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Salam mesra buat kalian yang tak pernah jemu untuk singgah di blog saya. Salam kenalan buat anda yang pertama kali menjengah ke sini. Terima kasih saya ucapkan. Semoga ada manfaat yang dapat dikutip dari perkongsian saya yang sedikit ini.

Buat yang pertama kali menjengah ke mari, saya Nurul Azwa Bt. Zulkifli. Kepakaran saya menyediakan dress cantik buat anak-anak gadis kalian mengikut design pilihan kalian sendiri. Segalanya bermula apabila saya dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Saya inginkan mereka sentiasa berpakaian cantik. Saya juga suka melihat kanak-kanak perempuan apabila berpakaian dress.





Sejujurnya bisnes tempahan dress kanak-kanak yang saya usahakan ini adalah secara sambilan. Saya percaya, ia langkah awal untuk saya mengorak langkah mencapai impian saya satu hari nanti, insha Allah.  Pelanggan saya dari kalangan teman-teman sekeliling juga teman-teman kenalan di alam maya. Ramai kenalan dari muka buku lebih mengenali saya menerusi ruangan page saya di Izzah Collection

Saya akui melakukan dua kerja dalam satu masa bukan perkara yang mudah. Banyak cabarannya. Walau melakukan bisnes ini secara sambilan, saya tidak pernah ambil mudah setiap tempahan. Setiap tempahan saya akan pastikan ia siap mengikut date line yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan hasil jahitan. Bagaimana saya cerewet dan detail dengan pakaian sendiri, begitu juga dengan tempahan dari pelanggan. Saya akan sehabis baik memastikan kekemasan potongan dan jahitan setiap dress. Ia sebagai satu jaminan kepada pelanggan saya bahawa setiap wang yang dilaburkan berbaloi dengan hasil yang diperolehi. 



Setiap bisnes perlukan kepada strategi pemasaran. Tanpa marketing, satu-satu bisnes tidak mampu untuk berkembang. Saya sendiri walau berbisnes secara sambilan, saya tetap melakukan marketing. Selain hebahan dari mulut ke mulut oleh pelanggan-pelanggan sekeliling, saya turut kongsikan hasil jahitan saya di 'facebook' personal saya. Agar orang lain nampak hasil jahitan saya. 

Setiap apa yang kita usahakan, selain dari kesungguhan kita juga perlukan kepada dua asas utama. Pertama ilmu, kedua kumpulan sokongan. Ilmu perlu sentiasa dicari. Ilmu itu hidup dan proses belajar tidak pernah tamat. Apabila berkelapangan saya akan ikuti kelas jahitan yang diadakan oleh individu mahu pun pusat komuniti berhampiran. Saya juga sering membaca artikel berkaitan seni jahit di blog dan majalah. Sokongan suami, menjadi kekuatan saya. Malah saya juga menyertai kumpulan sokongan yang terdiri dari tukang-tukang jahit profesional dan amatur di group facebook. Alumni di Akademi Bekerja Di Rumah turut menjadi kumpulan sokongan yang hampir dengan jiwa saya.

Saya turut memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan peluang untuk berniaga melalui jualan kain cotton. Ini sebagai satu nilai tambah dalam bisnes yang saya usahakan. Saya sentiasa mencari individu yang berminat menjadi agen jualan kain cotton. Setiap agen saya serapkan ke dalam kumpulan sokongan yang saya bina sendiri. Ini bertujuan agar mereka sentiasa bergerak seiring bersama saya.

                     



Impian saya pada apa yang saya usahakan sekarang, saya akan mempunyai jenama dress kanak-kanak saya sendiri. Jenama anak tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti Baby Kiko, Pigeon, Osh Kosh Bigosh dan yang lain-lain. Saya yakin saya akan mencapainya satu hari nanti dengan keizinan dariNya.


Tuesday, 15 April 2014

Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli


Kita biasa mendengar akademi jahitan atau pun akademi masakan. Namun, pernahkah kita terfikir adanya akademi khusus untuk melahirkan kaum ibu yang hanya bekerja dari rumah?



Akademi Bekerja Di Rumah atau ringkasannya ABDR merupakan satu kumpulan sokongan untuk kaum hawa khususnya yang bekerja dari rumah. Ia diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. Beliau merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan sebelum ini merupakan seorang wartawan juga pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air kita. ABDR diwujudkan hasil dari perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. 


Apa Yang Ditawarkan Oleh ABDR?
  • Kelas Asas Blog Dan Penulisan
  • Kelas Asas Blog Dan Fanpage Untuk Bisnes
  • Kelas Belajar Iklan di mudah.my
  • Kelas Penulisan Kreatif
  • Kelas Pengurusan Akaun WAHM / SAHM / SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga / Pengurus Online 
  • Tempahan Blog Bisness / Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di SOHO Directory 
  • Bengkel Branding Yourself And Business Strategies (Offline)

Siapa Yang Boleh Sertai ABDR?
Sesiapa saja boleh sertainya. Ia terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu bagaimana cara mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan dari kaum adam.


Bagaimana dan Bila Kelas Diadakan?
Kelas dikendalikan sepenuhnya secara atas talian (online). Protege akan diberi ebook rujukan dan seterusnya dimasukkan dalam group di facebook. Komunikasi adalah secara personal coaching. 

Jadual kelas adalah fleksible. ikut masa peserta sendiri. Bila mahu belajar. Rajin belajar dan buat tugasan, maka cepatlah protege ditauliahkan. 


Saya Tiada Produk. Bolehkah Saya Sertai ABDR?
Jika kita ingin berbisnes, namun tiada produk untuk diniagakan, kita tidak perlu bimbang. Di ABDR kami juga ada produk yang boleh kita pasarkan sebagai langkah permulaan. 


Apa Kelebihan Menyertai ABDR?

Antara kelebihan apabila kita menyertai ABDR :
  • Jaringan persahabatan yang lebih luas dengan protege-protege yang bernaung dibawah ABDR. Masing-masing terdiri dari latar belakang juga pendidikan yang berbeza. 
  •  Mempunyai group sokongan yang sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada ahli-ahlinya.
  • Peserta berpeluang untuk tampil di majalah-majalah atau rancangan televisyen tempatan.
  • Selain memasarkan produk sendiri, peserta yang berminat juga boleh memasarkan produk-produk dibawah label ABDR

Bagaimana Untuk Menyertai ABDR?
Untuk sertai ABDR, klik sini 


Sekiranya anda seorang wanita bekerjaya dan bercita-cita untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM), ABDR merupakan landasan yang tepat untuk anda berguru dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Mula melakar impian besar kalian dengan langkah pertama yang kalian ambil hari ini. Insha Allah pasti ada jaya buat mereka yang gigih berusaha.

Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli


*******************************************************************

 PELUANG BISNES BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaa, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-cari produk "hot" sepanjang Ramadhan.

Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Dibuka untuk 30 penyertaan sahaja!!!



  


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB :  Azwa Zulkifli