Tuesday 29 April 2014

Hidup Dalam Lingkungan Hari Ini

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Salam ceria, salam penuh kebahagiaan. Doa saya semoga kita sentiasa bahagia dan saling membahagiakan. Semoga hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam. Jadikanlah setiap hari yang hadir bermakna dan bermanfaat. Mulakanlah tabir hari baru kita dengan nama Allah dan bernafaslah dengan kesyukuran seiring siulan burung. Semai bakti dan taburkan budi. Jalanilah kehidupan kita dengan merasakan hari ini adalah hari terakhir. Justeru, jadikanlah ia hari yang terbaik. Setiap hari adalah hari yang baru bagi orang yang bijak.

Sebenarnya terlalu ramai di kalangan kita yang mengenang masa lalu dengan kecewa dan bersedih. Malah ada yang membiarkan dirinya dalam kerisauan hari esok yang belum pasti. Bersyukurlah untuk hari ini kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bernafas.

Manusia yang paling kuat iman pun akan tumbang pada hari ini jika dia mengumpul kekecewaan semalam dan bebanan hari esok. Sama-sama kita rasakan setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Bangunkan semangat dalam jiwa untuk menjadikan lingkungan hari ini sebagai harapan kejayaan dan kebahagiaan kita. Di saat memulakan awal pagi, positifkan rasa terhadap hal-hal baik yang akan berlaku pada hari tersebut. Bila kita bersangka baik terhadap perkara yang baik, biasanya perkara itulah yang akan terjadi. Begitu juga sebaliknya.

Jangan pernah sekali kita biarkan hati karam dan lemas dalam kekecewaan semalam. Biarkan ianya berlalu. Simpan sahaja dalam kotak kenangan untuk dijadikan sebagai guru dalam kehidupan. Bukankah pengalaman itu guru yang terbaik? Cuma mungkin yurannya agak mahal!

Sentiasa berfikir dan merencana hari esok adalah sikap orang yang cemerlang. Ayuh kita sama-sama menetapkan bahawa setiap hari adalah hari yang lebih bererti bagi kita. Kita akan lebih sihat. Kita akan lebih bahagia. Hidup akan lebih riang dan bertambah kasih sayang.

Salam sayang, salam penuh hormat
Nurul Azwa Zulkifli =)


Sunday 27 April 2014

Peralatan Menjahit I

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Salam hujung minggu. Selamat datang ke teratak kecil saya ini. Moga ada manfaat yang dapat diambil dari sini :)

Setiap perkara perlu dipelajari dari asasnya. Sama juga dengan menjahit. Sebelum mendalami ilmu-ilmu jahitan lebih mendalam, kita perlu pelajari ilmu di peringkat asasnya juga. Jom, kita berkenalan dengan barang-barang asas dalam jahitan.



Gunting Kain - digunakan untuk menggunting fabrik. Perlu diingatkan agar gunting ini tidak digunakan untuk menggunting selain fabrik demi menjaga ketajaman gunting ini.


Benang - digunakan untuk mencantum fabrik yang telah dipotong. Benang mempunyai pelbagai pilihan warna. Pemilihan warna perlulah bersesuaian dengan warna fabrik yang akan dijahit. 


Kapur Penanda - digunakan untuk menanda pada fabrik. 


Pita Pengukur - digunakan untuk mengambil ukuran juga untuk menanda ukuran pada pola.


Jarum Peniti - digunakan sebagai pemadan sementara sebelum fabrik yang telah dipotong dijahit sepenuhnya.

Cukup dahulu untuk hari ini. Ada lagi alatan asas jahitan yang akan saya kongsikan nanti. Kita kenal sedikit demi sedikit. Bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.


Salam sayang, salam penuh hormat
Nurul Azwa Zulkifli =)



************************************************

Jom, bersama keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah! Bersama rangkaian lebih 600 blog, 13 guru online serta ramai rakan niaga ABDR.


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
   


Thursday 24 April 2014

Alhamdulillah...Syukur

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya. Syukur atas jentikan kasihNya. Syukur atas tanda sayangNya. Syukur atas nikmat ujianNya.

Dalam kesempitan, dalam keterbatasan, akhirnya dapat juga saya kembali bersiaran. Rindu untuk meluah rasa, menyulam kata di pentas kecil ini. 

Saat ujian datang menyapa, saya akui agak tersentap. Ada sedikit rasa ingin mengalah. Ada rasa ingin menghentikan langkah. Namun, saya cuba untuk melihat ujian kecil yang dialami dari sudut pandang yang berbeza. Saya cuba untuk mengubah persepsi diri agar dapat menerima ujian yang singgah sebagai sesuatu yang positif. Mulanya agak berat dan payah. Namun saya cuba gagahkan juga. Benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun, siapalah yang tahu bagaimana beratnya beban yang dikendong melainkan kita sendiri yang merasainya. 

Saya berjaya mengubah sudut pandang saya. Alhamdulillah. Sangat-sangat saya syukuri. Kini terasa sedikit lapang dada. Buat kalian di luar sana, yang ketika ini dalam dilema, dalam persimpangan yang kabur, ambil nafas seketika. Tinggalkan sekejap masalah yang dihadapi. Rapatkan hubungan dengan Dia Yang Pengasih, lagi Pengampun. Adukan segalanya pada Dia. Dia sentiasa ada. Pasti ada untuk kita.

Mulai hari ini dan mendatang, pulihkan dan perbaiki hubungan erat denganNya. Moga kita sama-sama beroleh bahagia, insha Allah.

Salam sayang, salam penuh hormat, 
Nurul Azwa Zulkifli =)

Friday 18 April 2014

Belanja Yang Penuh Gaya

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT.
Bersua kita lagi di hari Jumaat, sayyidul ayyam. Moga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Setiap hari dalam hidup kita pasti kita akan berbelanja. Tetapi tahukah kalian apa itu belanja yang penuh gaya? Pasti ramai yang tertanya-tanya kan? Jom, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang dikutip dari pembacaan saya.

Sedekah merupakan satu cara berbelanja yang pada hemat saya penuh gaya. Tidak semua orang yang banyak harta mampu untuk bersedekah. Tapi, semua orang walau tak punya harta boleh sahaja jika nak bersedekah. Sedekah janganlah dihadkan dalam bentuk wang semata. Malah sedekah itu luas skopnya.

Seorang anak boleh saja bersedekah dengan ibubapa kita sendiri. Berikan wang saku setiap bulan, belikan mereka vitamin tambahan bagi menjaga kesihatan mereka atau juga melakukan urutan demi menghilangkan lelah mereka seketika.

Sebagai ibubapa juga kita boleh sahaja bersedekah pada anak-anak kita. Ajarkan mereka ilmu-ilmu kemahiran. Ilmu kemahiran yang kita ada kepakaran. Sebagai contoh menjahit, berkebun, memasak atau bertukang. 

Begitu juga dalam konteks hidup bermasyarakat. Amalan bersedekah masih boleh lagi diperluaskan. Malah amat digalakkan. Kita boleh sahaja bersedekah dengan cara turut serta dalam aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan kejiranan atau bersama-sama membersihkan kawasan surau. Masih lagikah kalian ragu dengan cara bersedekah yang saya nyatakan?

Firman Allah sebagaimana yang bermaksud : "Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)" (Al-An'am : 160)

Manusia apabila berjanji perlu sertakan lafaz "insha Allah" kerana belum pasti apa yang dijanji pasti terlaksana. Namun apabila Allah berjanji, Dia tidak pernah lalai atau terlupa dengan janjinya. Sekarang, sudah terang lagi bersuluh. Allah berjanji setiap kebaikan yang kita laksanakan akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda. Dan bukankah perbuatan baik itu satu sedekah?

Mungkin pada orang lain, ia perkara biasa. Namun bagi saya, orang yang sentiasa bersedekah adalah insan-insan hebat yang berbelanja penuh gaya ;)

Salam hormat, salam penuh kasih sayang
Nurul Azwa Zulkifli =)


************************************************

ABDR mengorak langkah maju ke hadapan dengan menganjurkan kelas secara offline. 

Kelas Akaun Offline
Yuran : RM220
Tarikh : 10 Mei 2014
Lokasi : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa : 9pagi - 5petang
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul :
1. Pengenalan Book Keeping and Accounting.
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer.
3. How to do record keeping.
4. Basic Costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan harga.
5. Profit & Loss..anda untung@rugi???
6. Case study (full set of bookeeping)
Case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bonus 1 :
Ebook Asas Blog
Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
Ebook Jejak Aliran Tunai

Bonus 2 : 
2 tahun periklanan di SOHO Directory

Bonus 3 :
Temuramah untuk ruangan bisnes majalah

Bonus 4 :
Jaminan pulangan wang


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli


Tuesday 15 April 2014

Dress Zara

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Petang yang indah. Semoga semuanya ceria-ceria hendaknya. Jika letih dengan tugasan yang berat, ambil masa lima minit untuk regangkan otot-otot yang kepenatan. Dalam sibuk mengejar target kerja, kesihatan diri jangan diabaikan ok.

Ok, petang ni saya ingin perkenalkan lagi satu dress yang termasuk dalam koleksi tempahan saya. Dress Zara. Dress yang tidak berlengan. Masih lagi dengan potongan yang ringkas.


Bahagian hadapan saya hiaskan dengan reben yang ringkas. Namun ia mampu menaikkan seri dreass tersebut. 


Bahagian belakang pula saya menggunakan kemasan dari butang kemeja. Boleh juga jika menggunakan zip.


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli


Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli 



Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli


Kita biasa mendengar akademi jahitan atau pun akademi masakan. Namun, pernahkah kita terfikir adanya akademi khusus untuk melahirkan kaum ibu yang hanya bekerja dari rumah?



Akademi Bekerja Di Rumah atau ringkasannya ABDR merupakan satu kumpulan sokongan untuk kaum hawa khususnya yang bekerja dari rumah. Ia diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. Beliau merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan sebelum ini merupakan seorang wartawan juga pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air kita. ABDR diwujudkan hasil dari perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. 


Apa Yang Ditawarkan Oleh ABDR?
  • Kelas Asas Blog Dan Penulisan
  • Kelas Asas Blog Dan Fanpage Untuk Bisnes
  • Kelas Belajar Iklan di mudah.my
  • Kelas Penulisan Kreatif
  • Kelas Pengurusan Akaun WAHM / SAHM / SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga / Pengurus Online 
  • Tempahan Blog Bisness / Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di SOHO Directory 
  • Bengkel Branding Yourself And Business Strategies (Offline)

Siapa Yang Boleh Sertai ABDR?
Sesiapa saja boleh sertainya. Ia terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu bagaimana cara mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan dari kaum adam.


Bagaimana dan Bila Kelas Diadakan?
Kelas dikendalikan sepenuhnya secara atas talian (online). Protege akan diberi ebook rujukan dan seterusnya dimasukkan dalam group di facebook. Komunikasi adalah secara personal coaching. 

Jadual kelas adalah fleksible. ikut masa peserta sendiri. Bila mahu belajar. Rajin belajar dan buat tugasan, maka cepatlah protege ditauliahkan. 


Saya Tiada Produk. Bolehkah Saya Sertai ABDR?
Jika kita ingin berbisnes, namun tiada produk untuk diniagakan, kita tidak perlu bimbang. Di ABDR kami juga ada produk yang boleh kita pasarkan sebagai langkah permulaan. 


Apa Kelebihan Menyertai ABDR?

Antara kelebihan apabila kita menyertai ABDR :
  • Jaringan persahabatan yang lebih luas dengan protege-protege yang bernaung dibawah ABDR. Masing-masing terdiri dari latar belakang juga pendidikan yang berbeza. 
  •  Mempunyai group sokongan yang sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada ahli-ahlinya.
  • Peserta berpeluang untuk tampil di majalah-majalah atau rancangan televisyen tempatan.
  • Selain memasarkan produk sendiri, peserta yang berminat juga boleh memasarkan produk-produk dibawah label ABDR

Bagaimana Untuk Menyertai ABDR?
Untuk sertai ABDR, klik sini 


Sekiranya anda seorang wanita bekerjaya dan bercita-cita untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM), ABDR merupakan landasan yang tepat untuk anda berguru dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Mula melakar impian besar kalian dengan langkah pertama yang kalian ambil hari ini. Insha Allah pasti ada jaya buat mereka yang gigih berusaha.

Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli


*******************************************************************

 PELUANG BISNES BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaa, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-cari produk "hot" sepanjang Ramadhan.

Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Dibuka untuk 30 penyertaan sahaja!!!



  


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB :  Azwa Zulkifli

Thursday 10 April 2014

Dress Izzah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Saya suka melihat kanak-kanak perempuan memakai dress. Namun dress untuk kanak-kanak pada saya janganlah terlalu sarat dengan pelbagai hiasan. Apabila terlalu sarat, kadang kala ia akan membataskan pergerakan kanak-kanak tersebut. Boleh jadi juga apabila dress terlampau sarat menjadikan kanak-kanak itu seolah-olah 'hilang' sifat keanak-anakannya. 

Dress Izzah merupakan dress yang simple. Ia tidak sarat dengan sebarang hiasan. Dilengkapkan dengan tali pengikat untuk beri sedikit nilai tambah pada dress ini. Bahagian belakangya saya lengkapkan dengan zip.



Untuk tali dress, boleh juga jika menggunakan kain yang berbeza. Kain yang berbeza akan lebih menyerlahkan tali tersebut apabila diikat nanti. 

Selain untuk perayaan atau majlis hari jadi, Dress Izzah juga sesuai dipakai pada hari-hari biasa.

Untuk tempahan raya masih lagi dibuka. Pilihan kain boleh lihat di sini.

-----------------------------------------------------------
Sertai Bengkel Branding Yourself And Business Strategies. Dua bengkel sebelum ini telah diadakan dengan jayanya di Melaka dan Kuala Lumpur. Bengkel terakhir akan diadakan seperti berikut : 

Tarikh    : 26 April 2014 (Sabtu)
Tempat  : Kota Bharu, Kelantan
Masa       : 9.00 pagi - 5.00 petang

Pendaftaran masih dibuka. Rebut peluang sebelum terlewat. Ramai yang hadir berpuas hati dengan apa yang dibawa pulang. Jom, daftar segera!



Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli

Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli



Tuesday 8 April 2014

Corelle Pilihan Suri Yang Bijak

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Biasa dengar Corelle?
Kenapa Corelle?

Corelle adalah jenama yang sangat dikenali ramai. Ini kerana kualitinya. Walaupun Corelle ini ringan namun ianya tahan lasak, mudah diguna dan ia juga mudah untuk dicuci. Kita tak perlu risau kalau anak-anak suka menggunakannya. Walaupun terjatuh, insha Allah ia tidak akan pecah. Ya, anak-anak saya sudah dua atau tiga kali bagi jatuh. Alhamdulillah, pinggan tersebut masih elok. sudah hampir enam tahun saya menggunakannya. Jangan pula tak percaya jika saya katakan ia juga boleh diguna dalam mikrowave. Paling utama yang membuatkan Corelle menjadi pilihan ramai kerana coraknya yang pelbagai dan cantik-cantik belaka.

Saya ingin beri peluang kepada anda yang ingin memiliki Corelle, namun bajet rendah. Saya lancarkan promosi "BUY 2 FREE 1".
  • Pra-Tempah (Jangka Tiba : Oktober 2014)
  • Pendahuluan RM100/set
  • Promosi tamat : 13/4/2014 jam 11.59 malam
 Istimewa untuk anda, Corelle ini semuanya diimport dari US










_______________________________________

Promosi belian 2 Ebook pada harga istimewa. Bagi yang ingin mula berbisnes, inilah masanya.

Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli
 

Thursday 3 April 2014

Dosa Yang Bersyarat

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Bersua kita di bulan April. Bulan baru, hendaknya semangat kita pun baru juga.

Fitrah manusia itu,pastinya kita tidak akan terlepas dari membuat sebarang dosa. Dosa yang tidak kira kecil atau besar. Dosa yang sengaja atau tidak disengajakan.

Hari ini saya ingin kongsikan kisah seorang pemuda yang dikarang oleh Imam Qurtubi di dalam sebuah kitabnya. Pemuda ini dalam perjalan mencari hidayah. Dalam perjalanannya dia telah bertemu dengan seorang ahli sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. 
Lantas dia bertanya kepada Ibrahim Adham, "Bolehkah  aku ingin berbuat maksiat?" 
Ibrahim Adham menjawab, "Boleh untuk kamu berbuat maksiat dengan syarat :

1. Jangan kamu makan rezeki Allah. Sebab memang tidak layak orang yang derhaka pada Allah hendak makan rezeki yang Allah beri.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah. Carilah mana-mana planet yang pemiliknya bukan Allah.

3. Buatlah di tempat yang Allah memang tidak boleh melihat kamu.

4. Apabila malaikat maut datang pada kamu, jangan lupa cakap pada malaikat tersebut, "Nanti dulu, bagi peluang untuk aku bertaubat.

5. Apabila malaikat Zabaniah datang untuk heret kamu ke neraka, katakan padanya, kamu tidak akan mengikutinya.
 
Sekiranya kamu dapat penuhi semua syarat-syarat yang disebutkan tadi, silalah dengan penuh hormatnya kamu buat maksiat bagi memberatkan timbangan dosa kamu di akhirat kelak."

Sebaik mendengar jawapan dari ahli sufi tersebut, pemuda itu menangis teresak-esak. Menangisnya dia kerana dia tahu, sampai bila-bila pun, dia tidak akan mampu untuk memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh Ibrahim Adham.

Cuba kita renungkan kembali. Bagaimana pula dengan diri kita? 

Hidayah Allah ada sahaja di mana-mana. Cuma mungkin diri kita sendiri yang tidak mahu menerima hidayah. Janganlah nanti kita menyalahkan takdir pula. Allah telah bekalkan setiap dari kita dengan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran. Sebaik memasuki alam baligh, akal kita sudah sempurna dan cukup cerdik. Maka seharusnya menjadi kewajipan kita untuk mencari hidayah Allah. 

Insha Allah, Allah takkan pernah mensia-siakan hambaNya. Semoga apa yang dikongsikan dapat kita sama-sama renung dan fikir-fikirkan. 

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah yang terdiri dari 500 pelajar online, lebih dari 500 blog yang terbina, 13 orang guru online, berpuluh rakan niaga. Kami turut menawarkan :

1. Kelas Belajar Asas Blog dan Penulisan
2. Kelas Belajar Asas Blog dan Fan Page Niaga
3. Kelas Belajar Penulisan Cerpen
4. Kelas Belajar mudah.my
5. Kelas Pengurusan Akaun
6. Kelas Rekabentuk Sketchup
7. Terbaru : Bengkel Fizikal Hands On Bengkel Branding Yourself & Business Strategies 

Juga dapatkan ebook-ebook dibawah terbitan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan yang bermanfaat buat semua.

Dapatkan segera Pakej Promosi Mula Bisnes Makanan pada harga promosi RM100!


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli