Sunday 27 April 2014

Peralatan Menjahit I

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Salam hujung minggu. Selamat datang ke teratak kecil saya ini. Moga ada manfaat yang dapat diambil dari sini :)

Setiap perkara perlu dipelajari dari asasnya. Sama juga dengan menjahit. Sebelum mendalami ilmu-ilmu jahitan lebih mendalam, kita perlu pelajari ilmu di peringkat asasnya juga. Jom, kita berkenalan dengan barang-barang asas dalam jahitan.



Gunting Kain - digunakan untuk menggunting fabrik. Perlu diingatkan agar gunting ini tidak digunakan untuk menggunting selain fabrik demi menjaga ketajaman gunting ini.


Benang - digunakan untuk mencantum fabrik yang telah dipotong. Benang mempunyai pelbagai pilihan warna. Pemilihan warna perlulah bersesuaian dengan warna fabrik yang akan dijahit. 


Kapur Penanda - digunakan untuk menanda pada fabrik. 


Pita Pengukur - digunakan untuk mengambil ukuran juga untuk menanda ukuran pada pola.


Jarum Peniti - digunakan sebagai pemadan sementara sebelum fabrik yang telah dipotong dijahit sepenuhnya.

Cukup dahulu untuk hari ini. Ada lagi alatan asas jahitan yang akan saya kongsikan nanti. Kita kenal sedikit demi sedikit. Bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.


Salam sayang, salam penuh hormat
Nurul Azwa Zulkifli =)



************************************************

Jom, bersama keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah! Bersama rangkaian lebih 600 blog, 13 guru online serta ramai rakan niaga ABDR.


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
   


No comments:

Post a Comment