Showing posts with label dress kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label dress kanak-kanak. Show all posts

Wednesday, 18 February 2015

Pelanggan Setia Saya!

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT. Saya mendoakan pembaca blog saya dikurniakan kesihatan dalam meneruskan khidmat bakti kita saban hari. Insha Allah. 

Saya bukanlah menjahit sepenuh masa. Tika ini kerja-kerja menjahit saya lakukan secara sambilan. Justeru saya menghadkan jumlah tempahan saya setiap bulan. Agar saya mampu memberikan hasil terbaik kepada semua pelanggan saya. Dan saya akui sehingga kini, saya sentiasa cuba memperbaiki mutu perkhidmatan saya. Moga Allah mudahkan setiap urusan yang telah saya rangka. 

Pelanggan sentiasa datang dan pergi. Saya mempunyai seorang pelanggan cilik yang setia. Dan saya akui ibunya antara insan awal yang mendorong kuat saya untuk berkarya dan menghasilkan dress-dress yang comel. Ibunya juga yang setia mengkritik sebarang hasil kerja saya dengan jujur. Suntikan semangat dan keikhlasannya membuatkan saya amat menghargai ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Sungguh, saya cintakan sahabat saya ini demi Allah. 


Pelanggan setia saya menggayakan dress muslimah hasil jahitan saya.

Anak comel ini pelanggan setia saya! Saya juga suka berkarya dengan setiap tempahan yang diterima. Pelanggan saya yang satu ini sentiasa memberikan kebebasan pada saya untuk berkarya. Saya amat menghargai setiap peluang yang diberi. Terima kasih yang tak terhingga.

Salam sayang, salam penuh hormat, 
SMS/ ⓦhatsApp : 019-7295790
✉ : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com

Wednesday, 4 February 2015

Tempahan Kawan Sekolah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT.

Hujung tahun lepas lebih kurang dalam penghujung bulan November. Seorang kawan lama saya menghubungi saya. Dia ingin tempah dua pasang dress anak-anaknya. 

Untuk pilihan material baju, semuanya diserahkan pada saya. Seperti biasa, saya akan dapatkan anggaran bajet setiap pelanggan terlebih dahulu. Supaya apabila dress yang telah siap tidak membebankan pelanggan dari segi bayaran kelak. Menjahit dress kanak-kanak pada saya bukanlah mencari keuntungan semata-mata. Namun di situ terhimpun setiap kecintaan saya pada kerja seni, di situ juga ruang saya mencipta, membentuk dan memelihara ukhwah yang berpanjangan dengan ramai orang. 

Berikut merupakan hasil gabungan idea saya dan pelanggan saya. Saya cuba merealisasikan impiannya sebaik dan semampu mungkin. Dan alhamdulillah, teman saya berpuas hati dengan hasilnya.

Dress untuk si kakak yang manis.


Dress buat si adik yang comel

Saya juga teruja dengan kedua-dua dress ini. Ini merupakan pertama kali saya jahit dress untuk pasangan adik beradik. Perasaannya sungguh tak terluahkan dengan kata-kata. Bahagia.


Salam sayang, salam penuh hormat, 
Nurul Azwa Zulkifli =)

Tuesday, 15 April 2014

Dress Zara

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Petang yang indah. Semoga semuanya ceria-ceria hendaknya. Jika letih dengan tugasan yang berat, ambil masa lima minit untuk regangkan otot-otot yang kepenatan. Dalam sibuk mengejar target kerja, kesihatan diri jangan diabaikan ok.

Ok, petang ni saya ingin perkenalkan lagi satu dress yang termasuk dalam koleksi tempahan saya. Dress Zara. Dress yang tidak berlengan. Masih lagi dengan potongan yang ringkas.


Bahagian hadapan saya hiaskan dengan reben yang ringkas. Namun ia mampu menaikkan seri dreass tersebut. 


Bahagian belakang pula saya menggunakan kemasan dari butang kemeja. Boleh juga jika menggunakan zip.


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli


Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli 



Thursday, 10 April 2014

Dress Izzah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Saya suka melihat kanak-kanak perempuan memakai dress. Namun dress untuk kanak-kanak pada saya janganlah terlalu sarat dengan pelbagai hiasan. Apabila terlalu sarat, kadang kala ia akan membataskan pergerakan kanak-kanak tersebut. Boleh jadi juga apabila dress terlampau sarat menjadikan kanak-kanak itu seolah-olah 'hilang' sifat keanak-anakannya. 

Dress Izzah merupakan dress yang simple. Ia tidak sarat dengan sebarang hiasan. Dilengkapkan dengan tali pengikat untuk beri sedikit nilai tambah pada dress ini. Bahagian belakangya saya lengkapkan dengan zip.



Untuk tali dress, boleh juga jika menggunakan kain yang berbeza. Kain yang berbeza akan lebih menyerlahkan tali tersebut apabila diikat nanti. 

Selain untuk perayaan atau majlis hari jadi, Dress Izzah juga sesuai dipakai pada hari-hari biasa.

Untuk tempahan raya masih lagi dibuka. Pilihan kain boleh lihat di sini.

-----------------------------------------------------------
Sertai Bengkel Branding Yourself And Business Strategies. Dua bengkel sebelum ini telah diadakan dengan jayanya di Melaka dan Kuala Lumpur. Bengkel terakhir akan diadakan seperti berikut : 

Tarikh    : 26 April 2014 (Sabtu)
Tempat  : Kota Bharu, Kelantan
Masa       : 9.00 pagi - 5.00 petang

Pendaftaran masih dibuka. Rebut peluang sebelum terlewat. Ramai yang hadir berpuas hati dengan apa yang dibawa pulang. Jom, daftar segera!



Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli

Salam hormat, salam penuh kasih sayang =)
Nurul Azwa Zulkifli



Tuesday, 4 March 2014

SUDAH SIAP!

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Salam ceria buat anda. Hari ini saya cuba menyahut seruan guru Kelas Asas Blog saya untuk membuat catatan setiap hari di awal pagi. Insha Allah saya akan pastikan saya boleh! Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih bukan?

Masih ingatkah lagi anda dengan projek yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini? Alhamdulillah, kain tersebut telah siap menjadi sepasang dress untuk anak saya. Nyata dia gembira bukan kepalang. Seharian dia memakai dress tersebut!


Saya buatkan sepasang dress dengan potongan asas. Ada sedikit kekurangan pada dress ini saya kira. Jika saya buat rebennya menggunakan kain warna kosong, pastinya dress ini akan kelihatan lebih menyerlah. Tetapi tidak mengapa. Akan datang, saya akan cuba untuk lebih bermain dengan warna supaya dress yang dihasilkan akan kelihatan lebih menyerlah.



Saya akui, menjahit bukan sekadar memberi kepuasan malah ia juga mampu memberikan pendapatan sampingan buat saya. Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan, anda mungkin boleh mula dengan mengikuti Kelas Asas Blog. Selain belajar, kita juga diberi peluang menjual produk-produk dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Untuk menyertainya, anda boleh berhubung dengan saya di email pn.nurulazwazulkifli@gmail.com

Sekian dahulu perkongsian saya untuk kali ini. Semoga kita bersua lagi di entri akan datang, insha Allah.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)




Saturday, 1 March 2014

MINAT ATAU TERPAKSA

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Gambsaya  Nurul Azwa Zulkifli

Seorang guru saya pernah berpesan, dalam setiap yang kita usahakan, biarlah ia atas dasar minat. Jika kita nak buka bengkel,biarlah kita minat kerja-kerja membaiki kereta. Jika kita nak buka kedai dobi, biarlah kita minat membasuh kain. Begitu juga halnya dengan menjahit. Tidak kira anda ingin lakukan ia sebagai kerja separuh masa atau sepenuh masa.

Apabila kita minat dengan apa yang dilakukan, pastinya kita akan memberikan hasil yang terbaik dalam kerja kita. Malah, andai kita tersungkur dek usaha yang belum membuahkan hasil, kita pasti akan berusaha untuk bangkit. Dan pastinya kita akan cuba untuk berlari tanpa jemu. Kita akan menjadi insan yang tidak mengenal erti putus asa. Percayalah.

Andai ada yang tanya pada saya, adakah apa yang saya lakukan ini atas dasar minat atau terpaksa. Jawab saya; ya, saya lakukannya kerana saya minat. Minat yang terlalu mendalam. Seingat saya, sejak sekolah lagi. Ia merupakan satu terapi yang sangat memberi kepuasan pada saya.

Sejak petang semalam saya sedang berusaha menyiapkan projek pertama saya untuk tahun ini. Sepasang dress untuk anak gadis saya. Insha Allah, saya pasti akan kongsikan hasilnya dengan kalian nanti. Sampai di sini dahulu catatan saya untuk kali ini. Saya kongsikan sekeping gambar kerja yang masih dalam proses untuk disiapkan. Sehingga itu, cubalah semai minat dalam setiap kerja kita.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)