Wednesday 18 February 2015

Pelanggan Setia Saya!

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT. Saya mendoakan pembaca blog saya dikurniakan kesihatan dalam meneruskan khidmat bakti kita saban hari. Insha Allah. 

Saya bukanlah menjahit sepenuh masa. Tika ini kerja-kerja menjahit saya lakukan secara sambilan. Justeru saya menghadkan jumlah tempahan saya setiap bulan. Agar saya mampu memberikan hasil terbaik kepada semua pelanggan saya. Dan saya akui sehingga kini, saya sentiasa cuba memperbaiki mutu perkhidmatan saya. Moga Allah mudahkan setiap urusan yang telah saya rangka. 

Pelanggan sentiasa datang dan pergi. Saya mempunyai seorang pelanggan cilik yang setia. Dan saya akui ibunya antara insan awal yang mendorong kuat saya untuk berkarya dan menghasilkan dress-dress yang comel. Ibunya juga yang setia mengkritik sebarang hasil kerja saya dengan jujur. Suntikan semangat dan keikhlasannya membuatkan saya amat menghargai ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Sungguh, saya cintakan sahabat saya ini demi Allah. 


Pelanggan setia saya menggayakan dress muslimah hasil jahitan saya.

Anak comel ini pelanggan setia saya! Saya juga suka berkarya dengan setiap tempahan yang diterima. Pelanggan saya yang satu ini sentiasa memberikan kebebasan pada saya untuk berkarya. Saya amat menghargai setiap peluang yang diberi. Terima kasih yang tak terhingga.

Salam sayang, salam penuh hormat, 
SMS/ ⓦhatsApp : 019-7295790
✉ : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com

Tuesday 10 February 2015

JOM, JADI RAKAN NIAGA AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH!


1. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Tidak perlu risau lagi, kini kalian boleh mendaftar sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (PENGURUS ONLINE AKADEMI)

2. Apakah itu "Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah"?
Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah membolehkan kalian mempromosikan "produk akademi" kepada orang ramai dan sekiranya mendapat jualan, kalian akan menerima komisyen, yang bermula dari RM10 – RM 100 (mengikut pakej ebook dan pakej yuran kelas blog)
3. Apa sebenarnya produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah?
Produk umum dan permintaan sepanjang tahun. Produk informasi dalam bentuk ebook iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah,pakej bekerja di rumah, kelas online dan tapak pengiklanan. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal.
Produk hanya atas talian, tak perlu simpan stok, tak perlu urus stok dan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ada talian internet.

4. Berapa YURAN yang dikenakan?
Yuran yang dikenakan akademi rakan niaga hanya SEKALI SAHAJA. Tiada modal berkali-kali. Ada 2 pakej yuran yang boleh dipilih iaitu RM200 atau RM300.

5. Apakah perbezaan yuran tersebut?
Yuran berbeza dari segi bonus ebook yang akan diterima.
* Yuran RM200 (Bonus 4 ebook – ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes dan ebook super wahm super mom)

* Yuran RM300 (Bonus 5 ebook –ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook super wahm super mom dan ebook rahsia khidmat pelanggan, bonus beriklan di soho directory)

6. Apakah syaratnya untuk saya menyertai program Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah?
* Laptop/ smartphone dan talian internet
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
7. Apa yang kalian dapat ialah belajar hasilkan sebuah blog yang lengkap dengan pautan :
     7.1) Logo Akademi Bekerja Di Rumah
     7.2) Logo rasmi SOHO Directory
     7.3) Kelas-kelas Online
     7.4) Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
     7.5) Ruang Periklanan


8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
Mahu sertai kami, mudah sahaja. Pilih pakej yang kalian mahukan dan buat pendaftaran. Mulakan perniagaan hanya dari rumah anda sekarang. Mulakan dengan apa yang ada.
Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.

Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli

Wednesday 4 February 2015

Tempahan Kawan Sekolah

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT.

Hujung tahun lepas lebih kurang dalam penghujung bulan November. Seorang kawan lama saya menghubungi saya. Dia ingin tempah dua pasang dress anak-anaknya. 

Untuk pilihan material baju, semuanya diserahkan pada saya. Seperti biasa, saya akan dapatkan anggaran bajet setiap pelanggan terlebih dahulu. Supaya apabila dress yang telah siap tidak membebankan pelanggan dari segi bayaran kelak. Menjahit dress kanak-kanak pada saya bukanlah mencari keuntungan semata-mata. Namun di situ terhimpun setiap kecintaan saya pada kerja seni, di situ juga ruang saya mencipta, membentuk dan memelihara ukhwah yang berpanjangan dengan ramai orang. 

Berikut merupakan hasil gabungan idea saya dan pelanggan saya. Saya cuba merealisasikan impiannya sebaik dan semampu mungkin. Dan alhamdulillah, teman saya berpuas hati dengan hasilnya.

Dress untuk si kakak yang manis.


Dress buat si adik yang comel

Saya juga teruja dengan kedua-dua dress ini. Ini merupakan pertama kali saya jahit dress untuk pasangan adik beradik. Perasaannya sungguh tak terluahkan dengan kata-kata. Bahagia.


Salam sayang, salam penuh hormat, 
Nurul Azwa Zulkifli =)

Monday 2 February 2015

Entry Pertama Tahun Ini.

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT.

Sekian lama saya tinggalkan rumah kecil saya ini. Nyata ia membuatkan saya rindu nak menulis (walau tak hebat mana pun menulis kan..). Setiap hari saya jengah blog-blog rakan ABDR yang lain. Saya kagum dengan semangat mereka untuk kekal konsisten dalam berkongsi di pentas masing-masing. Maka, untuk pertama kali di tahun baru 2015, saya serap aura mereka. Jika mereka mampu untuk terus menulis, kenapa tidak saya?

Azam saya, mulai hari ini saya akan pastikan rumah kecil saya ini di isi dengan perkongsian yang memberi manfaat buat siapa sahaja yang bertandang di sini. Kalian yang membaca, andai ada hari saya terlupa, mohon ingatkan saya untuk terus capai azam saya ini ya. Bukankah saling ingat-mengingat itu tanda kita bersaudara? Tanda kita saling kasih mengasihi? Moga ukhwah di alam maya yang terjalin mampu membawa kita ke ambang syurga ya.

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)