Thursday 3 April 2014

Dosa Yang Bersyarat

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Bersua kita di bulan April. Bulan baru, hendaknya semangat kita pun baru juga.

Fitrah manusia itu,pastinya kita tidak akan terlepas dari membuat sebarang dosa. Dosa yang tidak kira kecil atau besar. Dosa yang sengaja atau tidak disengajakan.

Hari ini saya ingin kongsikan kisah seorang pemuda yang dikarang oleh Imam Qurtubi di dalam sebuah kitabnya. Pemuda ini dalam perjalan mencari hidayah. Dalam perjalanannya dia telah bertemu dengan seorang ahli sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. 
Lantas dia bertanya kepada Ibrahim Adham, "Bolehkah  aku ingin berbuat maksiat?" 
Ibrahim Adham menjawab, "Boleh untuk kamu berbuat maksiat dengan syarat :

1. Jangan kamu makan rezeki Allah. Sebab memang tidak layak orang yang derhaka pada Allah hendak makan rezeki yang Allah beri.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah. Carilah mana-mana planet yang pemiliknya bukan Allah.

3. Buatlah di tempat yang Allah memang tidak boleh melihat kamu.

4. Apabila malaikat maut datang pada kamu, jangan lupa cakap pada malaikat tersebut, "Nanti dulu, bagi peluang untuk aku bertaubat.

5. Apabila malaikat Zabaniah datang untuk heret kamu ke neraka, katakan padanya, kamu tidak akan mengikutinya.
 
Sekiranya kamu dapat penuhi semua syarat-syarat yang disebutkan tadi, silalah dengan penuh hormatnya kamu buat maksiat bagi memberatkan timbangan dosa kamu di akhirat kelak."

Sebaik mendengar jawapan dari ahli sufi tersebut, pemuda itu menangis teresak-esak. Menangisnya dia kerana dia tahu, sampai bila-bila pun, dia tidak akan mampu untuk memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh Ibrahim Adham.

Cuba kita renungkan kembali. Bagaimana pula dengan diri kita? 

Hidayah Allah ada sahaja di mana-mana. Cuma mungkin diri kita sendiri yang tidak mahu menerima hidayah. Janganlah nanti kita menyalahkan takdir pula. Allah telah bekalkan setiap dari kita dengan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran. Sebaik memasuki alam baligh, akal kita sudah sempurna dan cukup cerdik. Maka seharusnya menjadi kewajipan kita untuk mencari hidayah Allah. 

Insha Allah, Allah takkan pernah mensia-siakan hambaNya. Semoga apa yang dikongsikan dapat kita sama-sama renung dan fikir-fikirkan. 

Salam sayang, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah yang terdiri dari 500 pelajar online, lebih dari 500 blog yang terbina, 13 orang guru online, berpuluh rakan niaga. Kami turut menawarkan :

1. Kelas Belajar Asas Blog dan Penulisan
2. Kelas Belajar Asas Blog dan Fan Page Niaga
3. Kelas Belajar Penulisan Cerpen
4. Kelas Belajar mudah.my
5. Kelas Pengurusan Akaun
6. Kelas Rekabentuk Sketchup
7. Terbaru : Bengkel Fizikal Hands On Bengkel Branding Yourself & Business Strategies 

Juga dapatkan ebook-ebook dibawah terbitan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan yang bermanfaat buat semua.

Dapatkan segera Pakej Promosi Mula Bisnes Makanan pada harga promosi RM100!


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli
 





No comments:

Post a Comment