Wednesday, 7 May 2014

Ya, Itu Saya

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Salam mesra buat kalian yang tak pernah jemu untuk singgah di blog saya. Salam kenalan buat anda yang pertama kali menjengah ke sini. Terima kasih saya ucapkan. Semoga ada manfaat yang dapat dikutip dari perkongsian saya yang sedikit ini.

Buat yang pertama kali menjengah ke mari, saya Nurul Azwa Bt. Zulkifli. Kepakaran saya menyediakan dress cantik buat anak-anak gadis kalian mengikut design pilihan kalian sendiri. Segalanya bermula apabila saya dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Saya inginkan mereka sentiasa berpakaian cantik. Saya juga suka melihat kanak-kanak perempuan apabila berpakaian dress.





Sejujurnya bisnes tempahan dress kanak-kanak yang saya usahakan ini adalah secara sambilan. Saya percaya, ia langkah awal untuk saya mengorak langkah mencapai impian saya satu hari nanti, insha Allah.  Pelanggan saya dari kalangan teman-teman sekeliling juga teman-teman kenalan di alam maya. Ramai kenalan dari muka buku lebih mengenali saya menerusi ruangan page saya di Izzah Collection

Saya akui melakukan dua kerja dalam satu masa bukan perkara yang mudah. Banyak cabarannya. Walau melakukan bisnes ini secara sambilan, saya tidak pernah ambil mudah setiap tempahan. Setiap tempahan saya akan pastikan ia siap mengikut date line yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan hasil jahitan. Bagaimana saya cerewet dan detail dengan pakaian sendiri, begitu juga dengan tempahan dari pelanggan. Saya akan sehabis baik memastikan kekemasan potongan dan jahitan setiap dress. Ia sebagai satu jaminan kepada pelanggan saya bahawa setiap wang yang dilaburkan berbaloi dengan hasil yang diperolehi. 



Setiap bisnes perlukan kepada strategi pemasaran. Tanpa marketing, satu-satu bisnes tidak mampu untuk berkembang. Saya sendiri walau berbisnes secara sambilan, saya tetap melakukan marketing. Selain hebahan dari mulut ke mulut oleh pelanggan-pelanggan sekeliling, saya turut kongsikan hasil jahitan saya di 'facebook' personal saya. Agar orang lain nampak hasil jahitan saya. 

Setiap apa yang kita usahakan, selain dari kesungguhan kita juga perlukan kepada dua asas utama. Pertama ilmu, kedua kumpulan sokongan. Ilmu perlu sentiasa dicari. Ilmu itu hidup dan proses belajar tidak pernah tamat. Apabila berkelapangan saya akan ikuti kelas jahitan yang diadakan oleh individu mahu pun pusat komuniti berhampiran. Saya juga sering membaca artikel berkaitan seni jahit di blog dan majalah. Sokongan suami, menjadi kekuatan saya. Malah saya juga menyertai kumpulan sokongan yang terdiri dari tukang-tukang jahit profesional dan amatur di group facebook. Alumni di Akademi Bekerja Di Rumah turut menjadi kumpulan sokongan yang hampir dengan jiwa saya.

Saya turut memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan peluang untuk berniaga melalui jualan kain cotton. Ini sebagai satu nilai tambah dalam bisnes yang saya usahakan. Saya sentiasa mencari individu yang berminat menjadi agen jualan kain cotton. Setiap agen saya serapkan ke dalam kumpulan sokongan yang saya bina sendiri. Ini bertujuan agar mereka sentiasa bergerak seiring bersama saya.

                     



Impian saya pada apa yang saya usahakan sekarang, saya akan mempunyai jenama dress kanak-kanak saya sendiri. Jenama anak tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti Baby Kiko, Pigeon, Osh Kosh Bigosh dan yang lain-lain. Saya yakin saya akan mencapainya satu hari nanti dengan keizinan dariNya.


Monday, 5 May 2014

Santai Blog Rakan ABDR

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah. Puji dan syukur hanya buat Dia Yang Esa. Mulai bulan ini, saya akan cuba untuk kongsikan blog-blog rakan ABDR yang lain dalam penulisan saya. Harapan saya melalui perkongsian ini akan sedikit sebanyak membantu kalian dalam bersama-sama menimba ilmu dari insan-insan hebat yang lain. 

Setiap wanita hamil pasti bercita-cita untuk menyusukan anak secara eksklusif selepas melahirkan. Tidak kira dari kalangan surirumah sepenuh masa atau wanita bekerjaya. Apa pun impian dan harapan kita, ia mampu direalisasikan. Syaratnya kita bersungguh-sungguh dan yakin pada diri.

Bagi ibu muda yang bercita-cita menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, ketahuilah ia bukan perkara yang mudah. Justeru dari awal kehamilan lagi, kita perlu berusaha menari ilmu berkaitan susu ibu. Mutkahir ini, ramai yang berkongsi rasa melalui tulisan sama ada di blog, majalah mahu pun buku-buku.

Satu blog yang sangat mesra dalam memberi pendedahan berkaitan susu ibu adalah blog Susu Ibu Pemangkin Dunia. Penulis blog Puan Nor Atiqah Hamidi berkongsi pelbagai info yang bermanfaat buat ibu-ibu muda masa kini. Perkongsian beliau kebanyakannya dari pengalaman beliau sendiri. Saya juga turut jadikan blog beliau sebagai bahan bacaan wajib saya. Pada saya, cara penyampaian maklumat secara santai sangat menarik minat saya. 

Puan Nor Atiqah juga turut kongsikan informasi bermanfaat berkaitan gadjet-gadjet penyusuan yang sesuai buat ibu-ibu muda di luar sana. Bagi kalian yang tercari-cari baju yang sesuai digunakan untuk penyusuan, beliau ada menjualnya. 

Ayuh, jemput ke blog beliau. Pasti anda tidak rugi.

Salam hormat, salam penuh hormat,
Nurul Azwa Zulkifli =)


**********************************

Jom, jadi sebahagian keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah. Bersama lebih 700 blog, 13 guru online, juga kumpulan sokongan yang sentiasa membantu.

Dapatkan juga ebook ABDR sebagai langkah awal ke arah cita-cita WAHM.


Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :

SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com
PM di FB : Azwa Zulkifli


Ebook Bersalin Alami

Teks : Nurul Azwa Zulkifli

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah kita sudah masuk bulan Rejab. Ia bererti kita semakin menghampiri Ramadan. Sama-sama kita berdoa agar dipanjangkan usia untuk sama-sama merebut ganjaran hebat di bulan Ramadan insha Allah. 

Hari ini saya ingin kenalkan kalian dengan ebook terbaru di ABDR. Ebook Bersalin Alami hasil tulisan Puan Iryani Ahmad. Beliau merupakan antara protege terawal di ABDR.



Melalui ebook ini, penulis berkongsi pengalamannya sendiri sewaktu melahirkan anak keduanya. Penulis turut mendedahkan petua dan tips agar wanita hamil tidak was-was dan takut untuk bersalin. Beliau turut kongsikan formula rahsia kejayaannya bersalin alami.

Kandungan ebook adalah seperti berikut :

1     APA ITU BERSALIN ALAMI      
1.1  Cinta Melahirkan Cinta
1.2  Bertuah Menjadi Wanita
1.3  Cerita Seram Ibu Mengandung
1.4  Kenapa Bersalin akan Rasa Sakit?
1.5  Sistem Superb dalam Badan
1.6  Budaya Bersalin
1.7  Rahsia Buang Rasa Takut
1.8  Selamat Tak Bersalin?
1.9  Sejarah Bersalin Di Sisi Islam
1.10    Trend Beralin Generasi Y
1.11    Jihad Bersalin
1.12    Proses Bersalin

2     PERSEDIAAN ASAS
2.1  Rancangan Bersalin (Birth Plan)
2.2  Teman Bersalin
2.3  Sokongan Suami
2.4  Kumpulan Sokongan
2.5  Persediaan Mental
2.6  Kelas Persediaan
2.7  Senaman Semasa Mengandung
2.8  Tawakal
2.9  Pemakanan Semasa Mengandung


3     TEKNIK BERSALIN ALAMI
3.1  Teknik Urutan
3.2  Teknik Pernafasan
3.3  Bebas Bergerak
3.4  Teknik Imaginasi
3.5  Teknik Bertenang
3.6  Induksi Semulajadi
3.7  Teknik Psikologi
3.8  Ayat Afirmasi
3.9  Kaedah Bersalin Alami
3.10   Teknik Akupuntur

4     PENGALAMAN BERSALINKU YANG INDAH
4.1  Berkuasa Pada Proses Kelahiran – Nuraliyah
4.2  Bersalin Sangat Indah dan Seronok - Ashila
4.3  Bersalin Normal Selepas Pembedahan – Nor Sakinah
4.4  Bersalin di Rumah – Tini Wirdas
4.5  Bersalin di Hospital Kerajaan – Iryani Ahmad
4.6  Bersalin Alami Seorang Diri - Noradlie
4.7  Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu – Meidy Katrin
4.8  Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri – Cia E. Hendry
4.9  Bersalin Alami Spontan dan Cepat – Nadine Ghows
4.10   Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ – Nailah

5    RUJUKAN

Ebook yang sangat bermanfaat ini ditawarkan pada harga yang pastinya mampu milik. Harga promosi yang ditawarkan dalam tempoh terhad ini bernilai RM25 sahaja. Murah bukan? Jadikan pengalaman bersalin sebagai pengalaman yang mendamaikan dan diingati sepanjang hayat kita.

Untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / tempahan, boleh hubungi saya di :
SMS / WhatsApp : 019-729 5790
Email : pn.nurulazwazulkifli@gmail.com


Salam hormat, salam penuh kasih sayang, 
Nurul Azwa Zulkifli =)